HARI KEEMPAT LATIHAN PERBARISAN KONTINJEN AKYBMS

KUCHING, 2 Oktober 2026 – Kontinjen AKYBMS meneruskan latihan perbarisan hari keempat di perkarangan Wisma Melayu Sarawak sebagai persediaan menyertai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-80. Latihan memberi tumpuan kepada kekemasan langkah, keseragaman formasi, disiplin serta koordinasi pasukan bagi memastikan kontinjen AKYBMS […]

LATIHAN PERBARISAN HARI KETIGA

KUCHING, 1 Oktober 2026 – Kontinjen AKYBMS meneruskan latihan perbarisan hari keempat sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2026 bertempat di perkarangan Wisma Melayu Sarawak. Latihan memberi tumpuan kepada keseragaman langkah, kekemasan formasi dan koordinasi pasukan sebagai persediaan menjelang hari perbarisan sebenar. Semoga segala persiapan dipermudahkan dan kontinjen AKYBMS dapat memberikan […]

MAJLIS SYARAHAN NEGARAWAN: TUN PEHIN SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR

KUCHING, 1 Oktober 2026 – Majlis Syarahan Negarawan: Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Oktober 2026 bertempat di Wisma Melayu Sarawak, Kuching. Majlis telah diserikan dengan keberangkatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama […]

⚜️ MAJLIS BACAAN YASSIN OKTOBER 2026 ⚜️

2 Oktober 2026 — Majlis Bacaan Yassin AKYBMS telah berlangsung di Bilik Mesyuarat AKYBMS pada jam 9.00 pagi. Majlis tersebut dipimpin oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said serta disertai oleh seluruh kakitangan AKYBMS sebagai pengisian rohani yang menekankan kepentingan menjaga amanah dalam setiap bidang pekerjaan sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada […]

LATIHAN PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI JADI RASMI TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK 2026

30 September 2026 (Rabu) – Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) meneruskan latihan perbarisan pada hari ini sebagai persediaan bagi menyertai Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 10 Oktober 2026. Latihan diteruskan bagi memperkemas pergerakan, meningkatkan keseragaman serta memantapkan disiplin dan koordinasi anggota kontinjen agar penyertaan […]

ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH PERSIDANGAN ANTARABANGSA SEJARAH SARAWAK 2026

KUCHING, 30 September 2026 – Alhamdulillah, Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak 2026 yang berlangsung selama dua hari, bermula 29 hingga 30 September 2026, telah melabuhkan tirainya dengan jayanya di Wisma Melayu Sarawak, Kuching. Persidangan yang bertemakan “Sejarah Sarawak: Mengisi Makna, Membina Negara Bangsa” telah menghimpunkan para sejarawan, sarjana, penyelidik, pembentang, pempamer serta peserta bagi membincangkan pelbagai […]

LATIHAN PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI JADI RASMI TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK 2026

29 September 2026 (Selasa) – Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menjalani latihan perbarisan sebagai persediaan bagi menyertai Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 10 Oktober 2026. Latihan ini bertujuan untuk memantapkan keseragaman, disiplin dan koordinasi anggota kontinjen bagi memastikan kelancaran penyertaan AKYBMS dalam perbarisan […]

HARI PERTAMA PERSIDANGAN ANTARABANGSA SEJARAH SARAWAK 2026

KUCHING, 29 September 2026 – Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak 2026 bertemakan “Sejarah Sarawak: Mengisi Makna, Membina Negara Bangsa” telah membuka tirainya pada hari ini bertempat di Wisma Melayu Sarawak, Kuching. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim bin Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak. Majlis perasmian turut […]

Persediaan AKYBMS ke Sambutan Rasmi Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2026

28 September 2026 (Isnin) – Satu taklimat berkaitan sambutan rasmi Hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2026 telah diadakan di Wisma Melayu Sarawak. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Amirul Rashid bin Abdullah, Ketua Bahagian Program, bagi membincangkan persiapan penyertaan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dalam perbarisan rasmi, termasuk […]

KPMIC 2026 SIRI IV : SMK KOTA SAMARAHAN

KOTA SAMARAHAN, 26 September 2026 – Kursus Pelajar Melayu Islam Cemerlang (KPMIC) 2026 Siri IV anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berlangsung dengan jayanya di SMK Kota Samarahan dengan penyertaan pelajar sekolah tersebut. Program ini merupakan salah satu inisiatif AKYBMS dalam memberi pendedahan, bimbingan dan motivasi kepada pelajar Melayu Islam bagi meningkatkan […]