HARI KEEMPAT LATIHAN PERBARISAN KONTINJEN AKYBMS

KUCHING, 2 Oktober 2026 – Kontinjen AKYBMS meneruskan latihan perbarisan hari keempat di perkarangan Wisma Melayu Sarawak sebagai persediaan menyertai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-80.
Latihan memberi tumpuan kepada kekemasan langkah, keseragaman formasi, disiplin serta koordinasi pasukan bagi memastikan kontinjen AKYBMS berada dalam persediaan terbaik menjelang istiadat tersebut.
Semangat dan komitmen diteruskan demi memberikan yang terbaik!

Kongsi berita ini