MAJLIS APRESIASI DAN SAMBUTAN HARI LAHIR KAKITANGAN AKYBMS

KUCHING, 3 November 2026 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan Majlis Apresiasi Encik Ahmad Hamdan dan Pelatih Industri AKYBMS serta Majlis Sambutan Hari Lahir Kakitangan AKYBMS bagi bulan November bertempat di Restoran Nu Er Hong, Pullman Kuching.
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, sumbangan dan komitmen yang telah diberikan oleh Encik Ahmad Hamdan serta para pelatih industri sepanjang tempoh perkhidmatan dan latihan mereka bersama AKYBMS.
Dalam suasana penuh kemesraan, majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir kakitangan AKYBMS yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan November. Sambutan ini merupakan tanda ingatan dan penghargaan kepada warga kerja yang sentiasa memberikan komitmen dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab masing-masing.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk menghargai sumbangan dan dedikasi warga kerja, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekeluargaan serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan kakitangan AKYBMS.
AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Ahmad Hamdan serta para pelatih industri atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan. Selamat Hari Lahir juga diucapkan kepada semua kakitangan AKYBMS yang meraikan ulang tahun kelahiran sepanjang bulan November. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kejayaan dalam segala urusan.

Kongsi berita ini