Persediaan AKYBMS ke Sambutan Rasmi Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2026

28 September 2026 (Isnin) – Satu taklimat berkaitan sambutan rasmi Hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2026 telah diadakan di Wisma Melayu Sarawak. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Amirul Rashid bin Abdullah, Ketua Bahagian Program, bagi membincangkan persiapan penyertaan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dalam perbarisan rasmi, termasuk pemilihan kontinjen dan penyelarasan berkaitan. Sambutan rasmi Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi tahun 2026 akan diadakan pada Sabtu, 10 Oktober 2026.

Kongsi berita ini