Sesi Perbincangan Bersama Jabatan Muzium Sarawak

Hari ini, AKYBMS telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Puan Nancy Jolhi, serta para kurator Jabatan Muzium Sarawak berhubung perkembangan Muzium Melayu Sarawak. Semoga perbincangan ini dapat memperkukuh kerjasama dan menyumbang kepada usaha memelihara serta memartabatkan warisan Melayu Sarawak.
⚜️MAJLIS SAMArindok AIDILADHA 2026 ⚜️

KUCHING, 28 Mei 2026 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menganjurkan Majlis SAMArindok Aidiladha 2026 bertempat di pekarangan Pejabat AKYBMS bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Majlis tersebut diadakan bagi menyemarakkan penghayatan nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran yang menjadi inti pati sambutan Hari Raya Aidiladha. Program ini turut menjadi wadah memperkukuh hubungan silaturahim […]
✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai pengorbanan, keikhlasan serta kasih sayang sesama insan. Semoga semangat ibadah korban terus menyatukan masyarakat dalam ukhuwah, kebersamaan dan kemuliaan akhlak. “Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan […]
✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

Salam Aidiladha 1447H Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Melayu Sarawak walau di mana jua berada. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai pengorbanan, keikhlasan serta kasih sayang sesama insan. Semoga semangat ibadah korban terus menyatukan masyarakat dalam ukhuwah, kebersamaan dan kemuliaan […]
SAMAsiswa Melayu Sarawak 2026

Pada 23 hingga 24 Mei 2026, AKYBMS bersama 41 orang mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menyertai program SAMAsiswa Melayu Sarawak 2026 yang berlangsung di Sumiran Eco Park and Resort. Program ini merupakan satu inisiatif selaras dengan Pelan Strategik Melayu Sarawak 2035 di bawah teras belia, yang bertujuan membentuk generasi Ulul Albab yang berdisiplin serta […]
Sumbangan Songket untuk Muzium Melayu Sarawak

Pada 21 Mei 2026, Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan kunjungan ke kediaman Datu Dr. Sabariah Putit (Penasihat Old Kuching Smart Heritage) bagi mengambil tiga helai kain songket warisan milik keluarga beliau untuk dijadikan koleksi di Muzium Melayu Sarawak. AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datu Dr. Sabariah atas sumbangan berharga ini […]
⚜️SEMINAR KEARIFAN BORNEO 2026⚜️

KOTA SAMARAHAN, 21 Mei 2025 – YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), telah dijemput sebagai pengucaptama dalam Seminar Kearifan Borneo anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Seminar tersebut turut dihadiri oleh para mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS, tetamu […]
Tahniah atas Pelantikan LHEIAM

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said atas pelantikan sebagai Anggota Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2028. Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan dan integriti demi memperkukuh syiar Islam serta memartabatkan adat […]
Sumbangan Artifak untuk Muzium Melayu Sarawak

Pada 20 Mei 2026, Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah berkunjung ke kediaman Encik Ramdi bin Bujang bagi mengambil beberapa sumbangan artifak budaya Melayu Sarawak untuk dipamerkan dan dipulihara di Muzium Melayu Sarawak yang akan datang. Pihak AKYBMS merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Ramdi atas sumbangan berharga ini Orang ramai […]
AKYBMS di Student Village Raya Gawai Night 2026

Pada 15 Mei 2026 (Jumaat), AKYBMS telah dijemput untuk mengadakan persembahan Tarian Melayu Sarawak serta pameran budaya sempena Program Student Village Raya Gawai Night 2026 di Swinburne University of Technology Sarawak, Kuching. Program berlangsung dengan sangat meriah dan mendapat sambutan daripada ramai pelajar tempatan serta antarabangsa yang hadir untuk menikmati keunikan budaya pelbagai etnik di […]