HARI KETUJUH: PERSIAPAN KONTINJEN AKYBMS TERUS DIMANTAPKAN

KUCHING, 5 Oktober 2026 – Memasuki hari ketujuh latihan, kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) terus menunjukkan komitmen dalam membuat persiapan menjelang Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-80 pada Sabtu, 10 Oktober 2026.
Latihan hari ini memberi tumpuan kepada pemantapan langkah, kekemasan formasi dan keselarasan pergerakan bagi memastikan kontinjen tampil teratur serta berdisiplin pada hari istiadat.
Hari demi hari, langkah semakin mantap. Semangat kontinjen AKYBMS terus menyala menuju hari istiadat!

Kongsi berita ini