PENGHARGAAN PENYERAHAN ARTIFAK PUSAKA

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada keluarga Encik Narawi atas kesudian menyerahkan artifak pusaka milik keluarga untuk ditempatkan di Muzium Melayu Sarawak.
Penyerahan ini merupakan satu amanah yang amat dihargai dalam usaha memelihara, mendokumentasikan dan memperkenalkan khazanah warisan Melayu Sarawak kepada masyarakat serta generasi akan datang.
AKYBMS amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh keluarga Encik Narawi dan komitmen mereka dalam memastikan artifak pusaka yang mempunyai nilai sejarah dan warisan ini terus terpelihara serta dapat dimanfaatkan bagi tujuan pendidikan, penyelidikan dan pemahaman sejarah.
Semoga sumbangan dan kepercayaan yang diberikan menjadi warisan berpanjangan serta terus dikenang sebagai sebahagian daripada usaha bersama memelihara khazanah Melayu Sarawak.

Kongsi berita ini