DARI RAUDHATUL JANNAH KE DARUL IBADAH BATU KAWA, SAMAkasih, SAMArasa – Ihya Ramadan AKYBMS 1443H

KUCHING, 14 April 2022 – Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Ali bin Abi Thalib r.a.: “Barang siapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 anggota keluarganya yakni mereka yang semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” Berbekalkan makna tersurat dan tersirat daripada banyak hadis sahih yang menyebut […]

KASIH DIHULUR, MENJALIN MUHIBAH – Ihya Ramadan AKYBMS 1443H

SEBUYAU, 13 April – Bertekad untuk menjalin muhibah dan menyebarkan nilai-nilai kasih sayang dalam Islam, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) meneruskan gerak kerja agihan sumbangan makanan ke tiga buah kampung yang seterusnya. Episod jelajah Ihya Ramadan AKYBMS 1443H pada hari kedua diteruskan di tiga buah perkampungan Melayu pesisir iaitu di Kampung Gumpey, Kampung […]

IHYA RAMADAN AKYBMS 1443H, SANTUNI WARGA ASNAF SERIAN

SERIAN, 12 April – Bertemakan cogan kata SAMAkasih, SAMArasa, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) memulakan jelajah Ihya Ramadan 1443H pada tahun ini dengan menyantuni warga asnaf di kawasan Serian iaitu Kampung Tanah Puteh, Kampung Sorak Melayu dan Kampung Hilir, Serian. Sebanyak lebih 66 bakul makanan telah diagihkan di tiga buah kampung terlibat dengan […]

SIMBOLIK PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADAN AKYBMS 1443H

Kuching, 12 April – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan acara Simbolik Pelancaran (Flag-off) Program Ihya Ramadan AKYBMS 1443H bertempat di perkarangan masuk Wisma Sumber Alam, Petra Jaya. Acara ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd. Naroden bin Haji Majais yang mewakili YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, […]

SEMINAR WARISAN SEJARAH SANTUBONG 2022

20 Mac 2022 – Seminar Warisan Sejarah Santubong merupakan anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kampung Santubong. Program seminar ini telah berlangsung secara fizikal di Masjid Nurir Rahmani Kampung Santubong mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datu Dr. […]

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PENGARAH ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SARAWAK

Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) YBhg Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said merangkap Ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia telah mengetuai deligasi AKYBMS dalam kunjungan hormat kepada Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak Encik Ladoh Anak Mejus pada 8 Mac 2022 bertempat di Tingkat 14 Bangunan Sultan Iskandar, Kuhcing. Dalam […]

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK 11 Mac 2022 (Jumaat) Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) YBhg Datu Dr Haji Sanib bin Haji Said telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak iaitu Dato’ Amir bin Omar di Pejabat Setiausaha Perseketuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar. Pertemuan yang […]

Melayu Tidak Lupa, Titis Darah Pejuang Sarawak

3 Mac 2022, KUCHING: Bara semangat perjuangan Rosli Dhoby dan Rukun 13 yang teguh, tidak mudah menyerah kalah, berani atas kebenaran dan menjunjung maruah agama dan bangsa harus dijadikan tauladan oleh generasi muda hari ini. Apatah lagi, masyarakat Melayu Sarawak sama sekali tidak akan lupa titis-titis darah pejuang Sarawak yang telah gugur demi kemerdekaan pertiwi. […]

SAMAhaul ke-72 Rosli Dhoby dan Rukun 13

2 Mac 2022, KUCHING: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengadakan Majlis SAMAhaul ke-72 Rosli Dhoby dan Rukun 13 bertempat di Surau AKYBMS, Kuching hari ini. Majlis yang berskala kecil itu telah dihadiri oleh Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi, Pengerusi Jawatankuasa Agama AKYBMS merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS; Datu Dr. Haji […]