AKYBMS adakan Majlis SAMAhaul ke-74, Pejuang Melayu Sarawak: Rosli Dhoby dan Rukun 13 .

1 Mac 2024 (Jumaat): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) berjaya mengadakan Majlis SAMAhaul ke-74, Pejuang Melayu Sarawak: Rosli Dhoby dan Rukun 13 bertempat di Masjid Al- Abyad Taman, Matang Jaya, Kuching hari ini.
Majlis yang sederhana itu telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS, Tuan Haji Joni Bin Nuruddin, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya, Ustaz Abdullah Saifurrahmaan Bin Suudi, Imam 1 Merangkap Pengurus Masjid, Pejabat Pentadbiran Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurusan, Wanita Helwa, Masjid Al-Abyad Taman Matang Jaya, kakitangan AKYBMS dan jemaah dan kariah.
Datu Dr. Haji Sanib bin dalam ucapan ringkas menekankan peri pentingnya keikhlasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Namun, setiap tindakan, perbuatan, diniatkan sepenuhnya kepada Allah SWT dan perlu bersandarkan kepada kepercayaan dan keimanan teguh kepada Allah dan Rasulullah serta Rukun Iman.
Beliau turut mengingatkan agar semangat dan contoh pengorbanan yang ditunjukkan oleh as-Syahid Rosli Dhoby dan Tiga Rakan Rukun 13 dalam menjunjung seruan syahid mempertahankan tanah air daripada anasir kuasa asing.
Beliau menegaskan bahawa selagi AKYBMS ada, perjuangan ini akan tetap diteruskan dan menjadi teras utama sebagai pembela Melayu Sarawak.
“Kisah perjuangan Rosli Dhobi dan Rukun 13 pada suatu ketika dahulu pernah menjadi tesis saya semasa saya menuntut di Universiti Malaya.”
AKYBMS dalam usaha mengenang dan memperingati jerih-perih perjuangan nasionalisme Melayu telah mengadakan bacaan Yasin dan Tahlil khas buat para syuhada kepada Allahyarham Rosli bin Dhoby, Allahyarham Morshidi bin Sidek, Allahyarham Awang Ramli Amit bin Awang Matsaruddin, dan Allahyarham Bujang bin Suntong. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diberikan kedamaian serta rahmat daripada Allah SWT. Allahumma aaminnn.
Terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini dan jangan lupa dengan temu janji kita esok pagi di tempat yang sama untuk mendengar Syarahan daripada Dr. Nordie Achie dan Encik Azuan bin Jemat mengenai Rosli Dhoby dan Rukun 13. Jumpa sebentar lagi!

Kongsi berita ini