SEDANG BERLANGSUNG | MINI KARNIVAL BANK RAKYAT 2026 DI WISMA MELAYU SARAWAK

Suasana meriah mewarnai Wisma Melayu Sarawak pada hari ini, 24 Oktober 2026 (Sabtu), sempena penganjuran Mesyuarat Agung Wilayah Sarawak 2026 anjuran Bank Rakyat yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik menerusi Mini Karnival Bank Rakyat 2026.
Antara yang mencuri perhatian pengunjung ialah pameran kereta dan Jualan RAHMAH, selain pelbagai aktiviti lain seperti cabutan bertuah, pameran perumahan, pemeriksaan kesihatan percuma serta reruai jualan usahawan tempatan.
Penganjuran program ini bukan sahaja memeriahkan suasana di Wisma Melayu Sarawak, malah turut membuka ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan pelbagai maklumat, menikmati tawaran menarik serta mengeratkan hubungan silaturahim.
Wisma Melayu Sarawak, Jalan Diplomatik, Kuching
24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi hingga 2.00 petang

Kongsi berita ini