MAKAN MALAM BERSAMA RAKAN PENYELIDIK PERANCIS DAN CHINA

27 Februari 2024 (Selasa): Makan malam bersama rakan dari Perancis di restoran Pa Rim Pan, Kuching.
Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengucapkan tahniah kepada mereka di atas usaha menjalankan penyelidikan arkeologi dan warisan sejarah di Sarawak bersama dengan Jabatan Muzium Sarawak.

Hadir bersama Datin Fatimah Abdul Malik, Professor Dr. Daniel Perret, ahli arkeologi École française d’Extrême-orient, Dr. Bing Zhao, pakar seramik dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis, Paris (CNRS), dan Encik Iswandi bin Haji Junaidi, Ketua Bahagian Pengurusan Warisan dari Jabatan Muzium Sarawak.

Turut hadir, Cik Jimmy, calon Doktor Falsafah; dan Cik Zafirah binti Othman, Kurator Media dan Penyelidikan di AKYBMS.

Semoga usaha penyelidikan ini akan memberikan manfaat kepada negara kita dan memberikan inspirasi kepada generasi pada masa akan datang.

Kongsi berita ini