Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Dr. Haji Annuar bin Rapaee

AKYBMS adakan Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Dr. Haji Annuar bin Rapaee
29 Februari 2024 (Khamis): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Dr. Haji Annuar bin Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat di Tingkat 11, Menara LCDA, The Isthmus.

Delegasi AKYBMS telah dipimpin oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendengar pandangan serta keperluan program yang berkaitan dengan komuniti AKYBMS, sambil menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan berterusan daripada beliau.

Dalam program kunjungan ini, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said turut berinteraksi dengan YB Datuk Dr. Haji Annuar bin Rapaee dan menjelaskan inisiatif serta projek yang berkaitan dengan pendidikan dan keagamaan di Sarawak. Turut hadir dalam acara ini, Tuan Haji Husini bin Bakir, Ketua Penolong Setiausaha (Pentadbiran, Sumber Manusia dan Kewangan) Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) dan Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar, Ketua Unit, Pendidikan dan Agama, AKYBMS.

Kongsi berita ini