BELIA DI LAWAS, SARAWAK SIAP SIAGA UNTUK MENDEPANI REVOLUSI PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN MELALUI PROGRAM SAMAsedia SIRI 1, 2024 @ LAWAS.


25 Februari 2024: 70 orang belia di Lawas telah menyertai program anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) selama tiga hari di Lawas.

Belia di Lawas, Sarawak telah didedahkan dengan persedian untuk menempuh cabaran mengharungi arus pembangunan dunia agar lebih berdaya saing.

Turut hadir, Dato Henry Sum Agong, Parlimen P.222 Lawas, Encik Awangku Jinal Abedin bin Dato Pangeran Haji Jiwa, Setiausaha Politik kepada YAB Premier Sarawak, Yang Berusaha Encik Sulhie Salleh, Penyelaras Program SAMAsedia 2024, Merangkap Biro Politik AKYBMS.

Kami warga AKYBMS ingin merakamkan rasa terima kasih kepada Yang Berusaha Dr. Hamrila binti Abdul Latip, Professor Madya (Pengurusan) Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Selaku Penceramah Jemputan Program SAMAsedia, kakitangan AKYBMS, ahli-ahli Majlis Daerah Lawas, Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum, Barisan Fasilitator Susoul Team Management, Para Peserta Program SAMAsedia 2024, rakan media dan semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung.

Program kolaboratif ini merupakan manifestasi keakraban dan semangat kekitaan semua, khususnya kepada kaum belia di Sarawak. Budaya kerjasama ini telah menjulang nama AKYBMS: ini adalah kebanggaan kami untuk membela keunggulan bangsa Melayu Sarawak.

Jumpa lagi

Kongsi berita ini