Melayu Tidak Pernah Lupa: Titik Darah Perjuangan Para Syuhada Sarawak


2 Mac 2024 (Sabtu): SAMAceramah Pejuang Melayu Sarawak: Syarahan Rosli Dhoby dan Rukun 13 telah diadakan di Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya, Kuching.

Melalui program SAMAceramah ini, dua jemputan istimewa iaitu Dr. Nordie bin Achie, Pensyarah Kanan Pusat Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah telah membentangkan syarahan yang bertajuk ‘Perjuangan Rukun 13 dan Rosli Dhoby’ manakala, Encik Azuan bin Jemat, Pengurus Besar, Lembaga Hal Ehwal Islam Adat Melayu, Majlis Islam Sarawak telah menyempurnakan syarahannya yang bertajuk ‘Gerakan Anti Serahan 1946 – 1951’.

Dalam ucaptama yang telah diketengahkan oleh Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, beliau telah menyatakan bahawa SAMAceramah Pejuang Melayu Sarawak: Syarahan Rosli Dhoby dan Rukun 13 yang merupakan penghormatan kepada perjuangan hebat tokoh-tokoh yang memainkan peranan penting dalam sejarah Sarawak.

Turut hadir, Tuan Haji Joni bin Nuruddin, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya, Ustaz Abdullah Saifurrahmaan Bin Suudi, Imam 1 Merangkap Pengurus Masjid, Pejabat Pentadbiran Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurusan, Wanita Helwa, Masjid Al-Abyad Taman Matang Jaya, kakitangan AKYBMS dan jemaah dan kariah.

Semoga negara kita terus menuju ke arah pembangunan negara bangsa yang progresif, toleransi antara kaum dan mempunyai kemampanan dalam semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara dan bangsa. Terima kasih atasan sokongan anda dan semoga kita berjumpa lagi di lain hari.

Kongsi berita ini