Encik Iswandi bin Haji Junaidi, Kurator Jabatan Muzium Sarawak kerana telah berkunjung ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak

7 Julai 2023: Terima kasih Encik Iswandi bin Haji Junaidi, Kurator Jabatan Muzium Sarawak kerana telah berkunjung ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Selamat membaca buku Bangsawan Sultan Tengah Sarawak Darul Hana. Semoga bermanfaat untuk rujukan penyelidikan. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli terbitan AKYBMS bolehlah berkunjung di pejabat atau DM di FB AKYBMS. […]
Mengunjungi YBhg. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, Pengarah Yayasan Sarawak

6 Julai 2023:Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) telah mengunjungi YBhg. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, Pengarah Yayasan Sarawak Lawatan ke Yayasan Sarawak ini adalah bertujuan untuk mendedahkan tentang penerbitan buku-buku AKYBMS. AKYBMS adalah sebuah entiti yang bertanggungjawab memajukan budaya, kesenian, sejarah dan warisan di Sarawak. Selain itu, kami turut membincangkan potensi kerjasama antara […]
YBhg. Tuan Haji Awang Dzulkiflee bin Haji Awang Abdul Latif dari negara Brunei Darussalam kerana telah berkunjung ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS)

Terima kasih YBhg. Tuan Haji Awang Dzulkiflee bin Haji Awang Abdul Latif dari negara Brunei Darussalam kerana telah berkunjung ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Beliau telah menghadiahkan kami buku hasil kajiannya sendiri yang bertajuk “Brunei Kekal Merdeka: Satu Kompilasi Artikel-artikel Ilmiah Negara Brunei Darussalam” sebagai sebuah buku dalam bentuk kompilasi dimana mauduk […]
🔱 10 Zulhijjah 1444H | Hari Raya Aidiladha (Raya Korban) 🔱

Hari Raya Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban merupakan salah satu peristiwa penting dalam agama Islam. Ianya disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada setiap tahun. Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam. Perayaan ini adalah untuk memperingati pengorbanan besar Nabi Ibrahim dan Nabi […]
SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2023

24 Jun 2023 (Sabtu)- Julung kalinya Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) melakukan dokumentasi lakonan semula secara lansung “upacara adat persandingan Melayu Sarawak” kepada umum di Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching, Sarawak. SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak, Siri II, Puisi Melayu Tradisional telah dirasmikan oleh Datu Dr Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar, […]
Hari Terbuka Penyelidikan FCSHD 2023: Ceramah “Minda Terpenjara: 40 Tahun Mengkaji Sejarah Sarawak”

21 Jun 2023 – Datu Dr Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah memberikan ceramah yang bertajuk “Minda Terpenjara: 40 Tahun Mengkaji Sejarah Sarawak” di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), UNIMAS, Kota Samarahan sempena dengan Hari Terbuka Penyelidikan FCSHD 2023. Diharapkan dengan adanya perkongsian ilmu […]
Salam 1 Zulhijjah 1444H

Bulan Zulhijjah memiliki keistimewaan tersendiri bagi umat Islam. Berikut adalah beberapa amalan yang dilaksanakan sepanjang bulan Zulhijjah: 1. Berpuasa pada bulan Zulhijjah memiliki nilai pahala yang besar dan dapat menghapuskan dosa-dosa tahun lalu dan tahun mendatang. 2. Meningkatkan amal ibadah seperti solat sunat, membaca Al-Qur’an, berdzikir, dan memperbanyakan doa adalah amalan yang dianjurkan sepanjang bulan […]
Dirgahayu Tuanku

Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku. Sembah Takzim daripada Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Barisan Kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. #DaulatTuanku #SembahTakzim #DYMMYDPAXVI
Lawatan Penandaarasan EKSA Jemaah Nazir Negeri Sarawak

30 Mei 2023: Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) telah mengunjungi Jemaah Nazir Negeri Sarawak di Tingkat 10 & 11 Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Jalan Simpang Tiga 93604 Kuching Sarawak. Lawatan Penandaarasan EKSA Jemaah Nazir Negeri Sarawak adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada AKYBMS tentang kualiti sistem pendidikan di institusi pendidikan dan cara […]
Sambutan Minggu Perpaduan 2023 di Tebingan Sungai Kuching

KUCHING: 23 Mei 2023 Terima kasih atas jemputan yang diberikan oleh Majlis Seni Sarawak untuk mengadakan persembahan kebudayaan sempena “Malam Budaya Sarawak” dalam Sambutan Minggu Perpaduan 2023 di Tebingan Sungai Kuching. Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) sangat berbesar hati untuk menghantar Badan Seni AKYBMS mengadakan persembahan tarian ‘Nopeng Kinek’, tarian ‘Astana Darul Hana’ […]