SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2023

24 Jun 2023 (Sabtu)-  Julung kalinya Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) melakukan dokumentasi lakonan semula secara lansung “upacara adat persandingan Melayu Sarawak” kepada umum di Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching, Sarawak. SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak, Siri II, Puisi Melayu Tradisional telah dirasmikan oleh Datu Dr Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).

Tujuan dokumentasi ini adalah untuk memastikan warisan budaya Melayu Sarawak tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Dengan adanya dokumentasi dan rakaman ini, diharap dapat menjaga dan mewariskan budaya Melayu kepada generasi akan datang.

Di dalam persembahan tersebut telah mengetengahkan 5 babak iaitu yang pertama “kedatangan rombongan”, “sambut tetamu’, “adat berjembak’, “adat tepung tawar dan adat naik turun tangga”, dan “nasik temuan” dan “buang peraja”.

Jika anda ingin melihat ulang tayang persembahan tersebut bolehlah menyaksikannya di halaman rasmi Facebook AKYBMS.

 

Kongsi berita ini