YBhg. Tuan Haji Awang Dzulkiflee bin Haji Awang Abdul Latif dari negara Brunei Darussalam kerana telah berkunjung ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS)

Terima kasih YBhg. Tuan Haji Awang Dzulkiflee bin Haji Awang Abdul Latif dari negara Brunei Darussalam kerana telah berkunjung ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).
Beliau telah menghadiahkan kami buku hasil kajiannya sendiri yang bertajuk “Brunei Kekal Merdeka: Satu Kompilasi Artikel-artikel Ilmiah Negara Brunei Darussalam” sebagai sebuah buku dalam bentuk kompilasi dimana mauduk pembicaraan buku ini menggunakan pendekatan sejarah dan pensejarahan (historiografi) dalam kepelbagaian bidang yang sebahagian besarnya diisi oleh perbincangan sejarah politik Negara Brunei Darussalam dari abad ke-16 sehingga kini.
Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS turut memberikan beliau buku “Negeri Santubong Sejarah Awal Sarawak, 300ESS-1647ES”. Semoga bermanfaat dan selamat membaca. 😊
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli terbitan AKYBMS bolehlah berkunjung di pejabat atau DM di Facebook kami. 🤍
PS: ikuti Tiktok AKYBMS @budayamelayusarawak
Ihsan: dbookhaus

Kongsi berita ini