Lawatan Penandaarasan EKSA Jemaah Nazir Negeri Sarawak

30 Mei 2023: Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) telah mengunjungi Jemaah Nazir Negeri Sarawak di Tingkat 10 & 11 Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Jalan Simpang Tiga 93604 Kuching Sarawak.

Lawatan Penandaarasan EKSA Jemaah Nazir Negeri Sarawak adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada AKYBMS tentang kualiti sistem pendidikan di institusi pendidikan dan cara menyediakan suasana kondusif di tempat kerja.

EKSA, atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam, adalah penjenamaan semula daripada amalan 5S (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, dan Shitsuke). EKSA bertujuan untuk menambahbaik dan menyokong pewujudan persekitaran kerja yang kondusif di sektor awam. Amalan 5S adalah metodologi pengurusan kualiti yang berasal dari Jepun dan telah digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor industri.

Lawatan Penandaarasan EKSA, Jemaah Nazir Negeri Sarawak adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada AKYBMS tentang sistem pendidikan di institusi pendidikan dan juga menyediakan suasana kondusif di tempat kerja. Ini boleh merangkumi pelbagai elemen seperti pengurusan kualiti, penyusunan ruang kerja, kebersihan, keselamatan, dan disiplin.
Diharapkan dengan lawatan ini, pengurusan AKYBMS dapat mempelajari dan menerapkan prinsip-prinsip EKSA dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan dan mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif di institusi mereka.

Kongsi berita ini