IHYA RAMADAN AKYBMS 1444H / 2023M @ Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah, Kampung Selang Ulu.

31 Mac 2023 (Jumaat), Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah jelajah Ihya Ramadan yang ketiga AKYBMS telah sampai ke lokasi sasaran iaitu di Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah, Kampung Selang Ulu. Penyerahan cek sumbangan yang telah disempurnakan oleh Datu Pengurus Besar, Datu Dr. Haji Sanib Bin Said kepada Al Fadhil Ustaz Azman bin Zen, Pengetua Maahad Tahfiz Raudhatul […]

IHYA RAMADAN AKYBMS 1444H / 2023M @ Masjid Darul Istiqaal, Sungai Maong dan Masjid Darul Taqwa, Kampung Bintawa Ulu

29 Mac 2023 (Rabu), Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah jelajah Ihya Ramadan hari pertama AKYBMS telah sampai ke dua buah lokasi sasaran iaitu di Masjid Darul Istiqaal, Sungai Maong dan Masjid Darul Taqwa, Kampung Bintawa Ulu. Semoga sumbangan yang tidak seberapa dari AKYBMS kepada golongan asnaf di Kampung Sungai Maong dan Kampung Bintawa Ulu dapat menampung […]

Syahru Ramadhana 1444H

SELAMAT MENYAMBUT SYAHRU RAMADHANA Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintunya yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintunya yang tertutup. Lalu seorang penyeru menyeru:“Wahai yang mengharapkan kebaikan, bersegeralah (kepada ketaatan). Wahai yang […]

Majlis Pembukaan Bersempena dengan Hari Terbuka Majlis Seni Sarawak 2023

KUCHING 17-19 Mac- Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) telah membuat persembahan kebudayaan untuk dan juga menyertai Pameran Kesenian selama tiga hari di Dewan Suarah, Kuching Sarawak. Ini adalah satu inisiatif untuk menghargai dan mempromosikan budaya serta jejak warisan Melayu di Sarawak. Antara bahan pengisian yang telah dipamerkan di booth semasa hari kejadiaan adalah gambar-gambar […]

Forum & Kursus Keusahawanan lahir generasi celik digital

KOTA SAMARAHAN, 5 MAC- Forum dan Kursus Usahawan yang diadakan oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak dengan kerjasama Digital Technology (Ditech Resources ) adalah acara yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan keterampilan tentang pemanfaatan teknologi digital dalam perusahaan kepada peserta. Acara yang diadakan di SK Tambirat ini dapat memberikan manfaat bagi para calon pengusaha […]

SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri I Gendang Melayu Sarawak 2023

Program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak terdapat empat siri iaitu; Siri 1 Gendang Melayu Sarawak sebagai pembukaan, Siri 2 Puisi Tradisional Melayu, Siri 3 Pencak Silat dan Siri 4 Tandak Melayu Sarawak yang akan diadakan pada setiap 3 bulan setahun. Majlis persembahan semalam menampilkan Gendang Suara Perindu (Simunjan), Gendang Pendandak Rentak Sebelas (Jaie), Tarian Nopeng […]

Islam dari Kaca Mata Sejarah: Negeri Yang Hilang di Sarawak

KUCHING, 17 Februari 2023- Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Surau Darul Iman, Kampung Semerah Padi Fasa 2 telah mengadakan Majlis Perkongsian ilmu yang bertajuk “Islam dari Kaca Mata Sejarah: Negeri Yang Hilang di Sarawak”. YBhg. Datu Dr Haji Sanib juga diberikan ruang dan masa untuk menyampaikan ucapan alu-aluan […]

PENDIDIK MELAYU PERTIWI SIAP SIAGA DEPANI KRISIS PENDIDIKAN DALAM MENCAPAI PELAN STRATEGIK MELAYU SARAWAK (PSMS) 2035

KUCHING, 21 FEB – Dua puluh warga pendidik dan pengurusan tertinggi rakan strategik AKYBMS berambeh selama sehari suntuk bagi berfikir dan mencari jalan membangunkan ummah dalam keributan gagas-gagas dan idea besar yang mengalir mengilhamkan gerak kerja bersasar mengenai rahsia pendidikan sebagai penyuluh dan pemangkin perubahan minda keluarga-keluarga komuniti Melayu Islam. Ucap tama telah disampaikan oleh […]

Datu Dr. Sanib: Misi Pengembaraan untuk “Negeri Yang Hilang di Sarawak”. 

Ihsan gambar: TVS Pada 13 Februari 2023, platform TVS saluran 122 Astro dan MYTV telah menayangkan sebuah dokumentari yang bertajuk “Negeri yang hilang di Sarawak” yang mempuyai sebanyak 13 episod. Dokumentari ini memaparkan sejarah awal dan tertua di Sarawak.  Ihsan gambar: TVS   Dokumentari ini  menyingkap sejarah yang telah lama tersimpan dalam catatan sejarah awal […]