Islam dari Kaca Mata Sejarah: Negeri Yang Hilang di Sarawak

KUCHING, 17 Februari 2023- Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Surau Darul Iman, Kampung Semerah Padi Fasa 2 telah mengadakan Majlis Perkongsian ilmu yang bertajuk “Islam dari Kaca Mata Sejarah: Negeri Yang Hilang di Sarawak”.
YBhg. Datu Dr Haji Sanib juga diberikan ruang dan masa untuk menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para jemaah yang hadir. Beliau berkesempatan menerangkan serba sedikit latar belakang AKYBMS, sejarah asal-usul Melayu Sarawak serta menekankan beberapa aspek penting yang perlu diberikan penekanan untuk membangkitkan semangat membela Melayu bangsa yang unggul di mata dunia khususnya dalam aspek penyelidikan.
Sesi majlis perkongsian ilmu ini diakhiri dengan sesi solat berjemaah isyak’, penyampaian sijil penghargaan serta cenderamata dan jamuan.
Pihak AKYBMS dengan rasa bersyukur dan berbesar hati kerana berjaya melaksanakan program ini dengan kerjasama JKP surau Darul Iman. Semoga dengan perhimpunan yang penuh barakah tersebut dapat memberikan manfaat kepada yang hadir. In sha Allah.

 

 

Kongsi berita ini