IHYA RAMADAN AKYBMS 1444H / 2023M @ Masjid Darul Istiqaal, Sungai Maong dan Masjid Darul Taqwa, Kampung Bintawa Ulu

29 Mac 2023 (Rabu), Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah jelajah Ihya Ramadan hari pertama AKYBMS telah sampai ke dua buah lokasi sasaran iaitu di Masjid Darul Istiqaal, Sungai Maong dan Masjid Darul Taqwa, Kampung Bintawa Ulu.
Semoga sumbangan yang tidak seberapa dari AKYBMS kepada golongan asnaf di Kampung Sungai Maong dan Kampung Bintawa Ulu dapat menampung kekurangan yang ada. Terima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami.
Di bulan yang suci ini, mari kita tingkatkan ibadah dan perbaiki diri kita untuk lebih dekat dengan Allah SWT. Kita dapat memperbanyak ibadah seperti sholat, membaca Al-Qur’an, berzikir, dan bersedekah kepada sesama. Selain itu, mari juga kita tingkatkan hubungan dengan keluarga, sahabat, dan sesama manusia dengan saling memaafkan dan berbagi kebahagiaan. Allahuma aaminnn.

Kongsi berita ini