PENDIDIK MELAYU PERTIWI SIAP SIAGA DEPANI KRISIS PENDIDIKAN DALAM MENCAPAI PELAN STRATEGIK MELAYU SARAWAK (PSMS) 2035

KUCHING, 21 FEB – Dua puluh warga pendidik dan pengurusan tertinggi rakan strategik AKYBMS berambeh selama sehari suntuk bagi berfikir dan mencari jalan membangunkan ummah dalam keributan gagas-gagas dan idea besar yang mengalir mengilhamkan gerak kerja bersasar mengenai rahsia pendidikan sebagai penyuluh dan pemangkin perubahan minda keluarga-keluarga komuniti Melayu Islam.
Ucap tama telah disampaikan oleh Datu Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Dr Haji Sanib bin Haji Said yang berpeluang berkongsi visi dan misi Pelan Strategik Melayu Sarawak 2035 dan kerunsingan beliau terhadap keciciran pelajar di luar bandar dan bandar.
Kerungsingan ini berkisar tentang bagaimanakah metodologi berkesan, untuk anak Bumiputera Melayu Sarawak dan Rejang, Melano, Vaie Segan, Kedayan, Jati Mierek; dapat mengembalikan KEUNGGULAN BANGSA yang tercatat dalam manuskrip dan Syair Agung Bangsa Melayu Sarawak? Yang telah unggul dan terkenal dengan hubungan dagang bersama peradaban dan kuasa besar dunia yang sezaman dengan Santubong dan Sarawak.


Pendidikan Kita Sedang Krisis, Itu Fakta

Enam puluh tahun lamanya, kita menarik rambut dalam tepung. Dan kita gagal. Tak perlu apologetik dan malu mengaku berjuang. Rambut perlu dikuatkan agar tidak jatuh ke dalam tepung. Dan tepung terpelihara. Natijahnya, kita boleh berjaya.

YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD yang mewakili Datu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) turut berkesempatan berkongsi harapan dan azam yang sama dalam memacu potensi anak bangsa.


Prof Dr Shahren Bin Tun Ahmad Zaidi Adruce, Naib Canselor ICATS merangkap Pakar Rujuk AKYBMS telah membentangkan dapatan kajian komprehensif khususnya mengenai tiga capahan utama iaitu ekonomi, pendidikan, agama dan budaya dan keluarga dan belia (EPPAK).

Kajian ini terangkum secara inklusif bagi kajian Melayu Sarawak di kawasan pesisir dan data-data empirikal yang menyokong.


Turut hadir YBhg. Datu Dr. Juhaili Bin Haji Bujang , Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPPMIS), Encik Omar Bin Haji Mahli, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah dan Encik Haji Zamzaitul Akmal Hisham Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid.

#jublimutiaraakybms
#AKYBMS30TahunPasakKeunggulanBangsa

 

 

Kongsi berita ini