KUCHING 17-19 Mac- Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) telah membuat persembahan kebudayaan untuk dan juga menyertai Pameran Kesenian selama tiga hari di Dewan Suarah, Kuching Sarawak. Ini adalah satu inisiatif untuk menghargai dan mempromosikan budaya serta jejak warisan Melayu di Sarawak.
Antara bahan pengisian yang telah dipamerkan di booth semasa hari kejadiaan adalah gambar-gambar tokoh ulama di Sarawak, peta jalur perdagangan, peta lokasi makam lama, peta Sarawak dalam sejarah, peta jejak kesultanan Melayu Sarawak, kostum busana dan tekstil, alat-alat instrument muzik, permainan tradisional, keris dan tengkolok Melayu, QR Code bahasa dan persuratan, manuskrip terpilih dari koleksi simpanan AKYBMS dan lain-lain.
Selain itu, AKYBMS juga telah mengadakan booth jualan buku terbitan AKYBMS dan juga T-shirt pejuang Melayu yang dicetakan gambar Rosli Dhoby dan Rukun 13. Bagi yang telah terlepas peluang untuk membeli barangan berikut dan berkeinginan untuk membeli bolehlah menghubungi ditalian 082-239 460.
Syabas dan Terima kasih diucapkan kepada Majlis Seni Sarawak kerana telah memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk berkolabratif dengan berkampung di Dewan Suarah dan menjalinkan hubungan silaturahim bersama dengan pengunjung dan juga persatuan-persatuan lain yang telah menyertai program ini.
Ihsan: Evander Holyfield dan Ziffy Othman