SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak Siri I Gendang Melayu Sarawak 2023

Program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak terdapat empat siri iaitu; Siri 1 Gendang Melayu Sarawak sebagai pembukaan, Siri 2 Puisi Tradisional Melayu, Siri 3 Pencak Silat dan Siri 4 Tandak Melayu Sarawak yang akan diadakan pada setiap 3 bulan setahun.

Majlis persembahan semalam menampilkan Gendang Suara Perindu (Simunjan), Gendang Pendandak Rentak Sebelas (Jaie), Tarian Nopeng Kinek (Badan Seni AKYBMS), Gendang Sendeng Mengeret (Asajaya), Sri Buana (Kuching) dan segmen penutupan “tandak berami”.

Datuk Abdul Wahab Aziz berharap persembahan yang diadakan malam tadi mampu memberikan pendedahan kepada penonton generasi muda dan pengunjung dari luar tentang nilai-nilai estetika yang terdapat dalam warisan Melayu Sarawak khasnya Gendang Melayu Sarawak.

Hadir bersama Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib Said, Timbalan Konsul Agung Brunei Thomas Ling dan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Rudzaimer Malek.

Kongsi berita ini