Salam Ramadan Mubarak 1447H

“Apabila bulan Ramadan tiba, maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan kekuatan iman buat kita semua. Marilah kita memperbanyakkan amal ibadah, memperkukuh ukhuwah serta terus memelihara warisan dan nilai budaya Melayu Sarawak dengan penuh keikhlasan. Ikhlas daripada Warga […]

⚜️Warisan Senjata Melayu Sarawak⚜️

Pengkalan Kuap, 13 Februari 2026 — Satu tinjauan lapangan diadakan ke kediaman Encik Ramdi bin Bujang, seorang penggiat seni budaya Sarawak, bagi tujuan sesi temu bual dan dokumentasi berkaitan persenjataan tradisional Melayu Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha pemeliharaan warisan ketara dan tidak ketara negeri ini. Tinjauan ini dilaksanakan melalui kolaborasi strategik bersama TVS dalam memperkukuh […]

IKLAN JAWATAN KOSONG

Koperasi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak Kuching Berhad (KOPAK YBMS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 24 tahun untuk memohon jawatan berikut: Jawatan: Eksekutif KOPAK YBMS Kuching Berhad Calon yang mempunyai komitmen tinggi, berintegriti serta berminat untuk menyumbang kepada pembangunan koperasi dan komuniti Melayu Sarawak adalah dialu-alukan untuk memohon. Maklumat […]

⚜️ Temu Bual: Islam di Borneo ⚜️

Satu temu bual telah dilaksanakan melalui sesi penggambaran dokumentasi yang memfokuskan sejarah dan warisan Santubong sebagai tapak awal perkembangan tamadun serta kedatangan Islam. Penggambaran ini dijalankan di bawah arahan Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail, dengan kerjasama Dr. Farid bin Mat Zain (Universiti Kebangsaan Malaysia), serta sokongan kru Encik Shahril Rani dan Saudara Rabbani. Yang Berbahagia […]

Bengkel Acara Tonggak 2026

MIRI, 5 Januari 2026 — Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menghantar tiga orang wakil untuk menghadiri Bengkel Acara Tonggak 2026 anjuran Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Negeri Sarawak (UPPAN). Bengkel yang berlangsung selama tiga hari, dari 3 hingga 5 Januari 2026, telah diadakan di Imperial Hotel, Miri dengan penyertaan pelbagai agensi […]

SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri I: Gendang Melayu Sarawak ✨

Alhamdulillah, program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri I: Gendang Melayu Sarawak telah berjaya dilaksanakan pada 7 Februari 2026 bertempat di Godown Amphitheatre, Kuching, Sarawak. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penggiat seni, pemuzik, penari, kru produksi serta para penonton yang hadir dan memberi sokongan padu. Dentuman gendang, irama tradisi dan semangat kebersamaan malam […]

⚜️Majlis Bacaan Yassin AKYBMS⚜️

Tarikh: 6 Februari 2025 (Jumaat) Masa: 8.30 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS Alhamdulillah, Majlis bacaan Yassin dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman dan disertai seluruh kakitangan AKYBMS. Sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara, amat penting untuk kita menjaga amanah dalam setiap bidang pekerjaan kita. Terima kasih […]

⚜️ KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI UCSI ⚜️

KUCHING, 21 Januari 2026 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti UCSI yang berlangsung di Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Kunjungan ini bertujuan mendapatkan rujukan serta maklumat berkaitan sejarah dan warisan makanan tradisional Melayu Sarawak sebagai usaha pemeliharaan dan pendokumentasian warisan budaya tempatan. Kunjungan tersebut disertai […]

⚜️ Santubong: Jejak Tamadun Islam di Borneo ⚜️

Program Jejak Sejarah Santubong telah dilaksanakan melalui sesi penggambaran dokumentasi yang memfokuskan sejarah dan warisan Santubong sebagai tapak awal perkembangan tamadun serta kedatangan Islam di Borneo. Penggambaran ini dijalankan di bawah arahan Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail, dengan kerjasama Dr. Farid bin Mat Zain (Universiti Kebangsaan Malaysia), serta sokongan kru Encik Shahril Rani dan Saudara […]

⚜️Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang 2026⚜️

SARATOK, 31 Januari 2026 – Program Kursus Pelajar Melayu–Islam Cemerlang telah berjaya dianjurkan pada 31 Januari 2026 bertempat di Dewan SMK Saratok dengan penyertaan seramai 86 orang pelajar, sebagai inisiatif memperkasa kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah pelajar Melayu–Islam. Program berkenaan telah dirasmikan oleh En. Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari, Wakil Pengurus Besar Amanah Khairat […]