⚜️KONVENSYEN GRADUAN MELAYU SARAWAK 2.0 2026⚜️

KUCHING, 11 Jun 2026 – Konvensyen Graduan Melayu Sarawak 2.0 Tahun 2026 bertemakan “Harapan dan Realiti Sarawak Maju 2030” telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA), Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, Kuching. Program anjuran Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Annuar bin […]

SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II: Puisi Melayu Tradisional

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan bangganya akan mengadakan SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II: Puisi Melayu Tradisional pada: Tarikh: Sabtu, 13 Jun 2026 Masa: 8.30 malam Tempat: Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching, Sarawak Program ini bakal menampilkan sebuah pementasan yang mengangkat kisah Kerajaan Saribas, salah satu khazanah legenda Melayu Sarawak […]

⚜️ Majlis Bacaan Yasin AKYBMS ⚜️

Tarikh: 12 Jun 2026 (Jumaat) Masa: 9.00 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yasin dan Doa telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan, dipimpin oleh Encik Norazam bin Azni Shah dan doa Encik Nur Amirul Akmal. Sebagai warga Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat, bangsa dan negara, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa […]

JEMPUTAN KE MAJLIS KONVENSYEN GRADUAN MELAYU SARAWAK (KGMS) 2.0

Dengan segala hormatnya, para peserta daripada masyarakat Melayu Sarawak dijemput untuk menghadiri majlis seperti ketetapan berikut: Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis) Tempat: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, Kuching Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang Pakaian: Baju Batik atau Baju Korporat Pautan Pendaftaran & Maklum Balas Kehadiran: https://forms.gle/We7XuQf5huxfcoyB8 Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Puan Supiah […]

Sesi Perbincangan Bersama Jabatan Muzium Sarawak

Hari ini, AKYBMS telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Puan Nancy Jolhi, serta para kurator Jabatan Muzium Sarawak berhubung perkembangan Muzium Melayu Sarawak. Semoga perbincangan ini dapat memperkukuh kerjasama dan menyumbang kepada usaha memelihara serta memartabatkan warisan Melayu Sarawak.

⚜️MAJLIS SAMArindok AIDILADHA 2026 ⚜️

KUCHING, 28 Mei 2026 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menganjurkan Majlis SAMArindok Aidiladha 2026 bertempat di pekarangan Pejabat AKYBMS bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Majlis tersebut diadakan bagi menyemarakkan penghayatan nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran yang menjadi inti pati sambutan Hari Raya Aidiladha. Program ini turut menjadi wadah memperkukuh hubungan silaturahim […]

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai pengorbanan, keikhlasan serta kasih sayang sesama insan. Semoga semangat ibadah korban terus menyatukan masyarakat dalam ukhuwah, kebersamaan dan kemuliaan akhlak. “Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan […]

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

Salam Aidiladha 1447H Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Melayu Sarawak walau di mana jua berada. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai pengorbanan, keikhlasan serta kasih sayang sesama insan. Semoga semangat ibadah korban terus menyatukan masyarakat dalam ukhuwah, kebersamaan dan kemuliaan […]

SAMAsiswa Melayu Sarawak 2026

Pada 23 hingga 24 Mei 2026, AKYBMS bersama 41 orang mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menyertai program SAMAsiswa Melayu Sarawak 2026 yang berlangsung di Sumiran Eco Park and Resort. Program ini merupakan satu inisiatif selaras dengan Pelan Strategik Melayu Sarawak 2035 di bawah teras belia, yang bertujuan membentuk generasi Ulul Albab yang berdisiplin serta […]

Sumbangan Songket untuk Muzium Melayu Sarawak

Pada 21 Mei 2026, Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan kunjungan ke kediaman Datu Dr. Sabariah Putit (Penasihat Old Kuching Smart Heritage) bagi mengambil tiga helai kain songket warisan milik keluarga beliau untuk dijadikan koleksi di Muzium Melayu Sarawak. AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datu Dr. Sabariah atas sumbangan berharga ini […]