Terima Kasih Pelajar Industri

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nur Amirul Akmal, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan (Kepujian), UiTM Cawangan Sarawak, atas dedikasi, komitmen dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjalani latihan industri di AKYBMS. Terima kasih atas segala usaha, kerjasama dan semangat yang dicurahkan sepanjang tempoh tersebut. Sumbangan yang diberikan amat dihargai dan telah membantu […]

⚜️ Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026 ⚜️

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena sambutan Hari Sarawak 2026, warga kerja Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak merakamkan ucapan selamat menyambut hari yang penuh bersejarah ini kepada seluruh rakyat Sarawak. Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan, memelihara khazanah budaya serta menyemarakkan rasa cinta dan bangga terhadap Bumi Kenyalang. Dengan tekad dan usaha bersama, kita melangkah […]

⚜️ NOTIS PEMBERITAHUAN⚜️

Gangguan Sementara Talian Telefon dan Faks Dimaklumkan bahawa talian telefon dan faks pejabat seperti berikut akan tergendala sementara waktu: Telefon: 082-239 460 Faks: 082-255 731 Gangguan ini adalah berikutan proses perpindahan pejabat lama ke Wisma Melayu Sarawak. Sementara itu, bagi sebarang urusan rasmi, sila hubungi +6011-119460. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas perhatian dan […]

Azan Pertama Berkumandang di Wisma Melayu Sarawak

KUCHING, 7 Julai 2026 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan Majlis Doa Selamat di Surau Wisma Melayu Sarawak bersama para pelajar dan guru daripada Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah, Kampung Selang. Majlis ini turut mencatatkan detik bersejarah apabila laungan azan berkumandang buat pertama kalinya di Wisma Melayu Sarawak, menandakan bermulanya pengimarahan institusi […]

Sarawak Malay Museum Workshop 2026 Tampilkan Pakar Permuziuman dari Singapura

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama PADI Gallery telah berjaya menganjurkan Sarawak Malay Museum Workshop 2026 pada 1 hingga 2 Julai 2026 di Pusat Tun Abang Haji Openg, Kuching. Bengkel ini bertujuan memperkukuh pemahaman peserta dalam bidang permuziuman, merangkumi reka bentuk pameran, kuratorial, konservasi artifak, penyampaian kandungan muzium, mount-making dan pemasangan pameran. […]

⚜️ ULANG TAHUN KELAHIRAN KAKITANGAN AKYBMS ⚜️

18 Jun (Khamis): Sebagai tanda penghargaan atas jasa kakitangan AKYBMS, secara tradisi Bahagian Pentadbiran dan Kewangan akan menyediakan kek pulut kuning pada setiap mesyuarat bulanan bagi meraikan kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada kakitangan yang lahir pada bulan Jun : Encik Abg Saiful Annuar bin Abg Morshidi Encik Khalid […]

Sumbangan Songket, Buku dan Al-Quran untuk Muzium Melayu Sarawak

Pada 16 Jun 2026, Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan dua kunjungan berasingan bagi menerima sumbangan untuk koleksi Muzium Melayu Sarawak. Kunjungan pertama diadakan ke pejabat Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Haji Hamid bin Bugo, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Dalam kunjungan tersebut, beliau telah menyumbangkan beberapa helai kain songket warisan, naskhah Al-Quran serta […]

SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II Berlangsung Dengan Jayanya!

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir memeriahkan SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II: Puisi Melayu Tradisional yang telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Jun 2026 di Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching. Pementasan yang mengangkat kisah Kerajaan Saribas dan Kalaka ini telah […]

Generasi Baharu Artis Badan Seni AKYBMS

Artis Badan Seni AKYBMS dengan bangganya memperkenalkan generasi baharu yang akan meneruskan usaha memartabatkan seni dan budaya Melayu Sarawak. Mereka tampil mengenakan baju rasmi Artis Badan Seni AKYBMS yang menampilkan simbol Gajah Oleng, lambang yang sarat dengan nilai warisan dan identiti budaya Melayu Sarawak. Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan penampilan mereka malam ini dalam: […]