Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nur Amirul Akmal, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan (Kepujian), UiTM Cawangan Sarawak, atas dedikasi, komitmen dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjalani latihan industri di AKYBMS.
Terima kasih atas segala usaha, kerjasama dan semangat yang dicurahkan sepanjang tempoh tersebut. Sumbangan yang diberikan amat dihargai dan telah membantu melancarkan pelbagai aktiviti serta tugasan yang dilaksanakan.
Kami berharap pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan industri ini dapat memberikan manfaat dan menjadi bekalan berharga dalam perjalanan akademik serta kerjaya pada masa hadapan. Semoga terus berjaya dalam setiap usaha dan mencapai kecemerlangan yang diimpikan.
See less





