HIKAYAT PANGLIMA NIKOSA (1876) MENJADI PERHATIAN JURNAL AKADEMIK SCOPUS Q2 PERTANIKA

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) diiktiraf oleh NGO utama yang memperjuangkan manuskrip Hikayat Panglima Nikosa di pentas antarabangsa.
“Sejak penerbitan semulanya pada tahun 1983, HPN mengundang pelbagai kajian ilmiah terutamanya apabila Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO), berhasrat untuk mengajukan manuskrip ini sebagai warisan UNESCO. AKYBMS telah menganjurkan seminar berkaitan HPN secara tahunan sejak tahun 2014, dan pada tahun 2022…” – Azhan et al., (2026)
Nantikan Persidangan Antarabangsa Novel Melayu Pertama Diketahui di Dunia: Hikayat Panglima Nikosa. yang berlangsung 25- 26 November menghimpunkan pakar-pakar bidang filologi, sejarah, bahasa serta kesusasteraan Melayu dari Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
AKYBMS komited untuk terus mengangkat Hikayat Panglima Nikosa sebagai magnum opus Melayu Sarawak ke peringkat antarabangsa.

Kongsi berita ini