PERJUMPAAN HALA TUJU PENERBITAN AKYBMS

7 September 2026 – Satu perjumpaan telah diadakan bersama pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr. Roslan Ali dan Dr. Zuraini binti Seruji, serta wakil Art of Sdn. Bhd., Encik Daud bin Bujang dan Encik Ismet, bersama pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).
Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan hala tuju penerbitan buku AKYBMS, termasuk perancangan dan usaha memperkukuh penerbitan bahan berkaitan sejarah, budaya serta warisan Melayu Sarawak.
Semoga kerjasama dan perkongsian kepakaran ini dapat menyumbang kepada penghasilan penerbitan yang berkualiti serta memberi manfaat kepada masyarakat dan generasi akan datang.

Kongsi berita ini