Hari ini, Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS bersama Pengurus Besar AKYBMS, Datu Sanib Said, telah mengadakan kunjungan hormat ke kediaman Allahyarham Datuk Amar Abang Yusuf Abang Puteh dan berkesempatan bertemu dengan Datin Amar Rugayah Majid.
Dalam pertemuan tersebut, pihak AKYBMS telah meneliti koleksi buku penulisan Allahyarham Datuk Amar Abang Yusuf Abang Puteh yang merupakan antara tokoh penting dalam bidang sejarah, budaya dan kesusasteraan Sarawak.
Pihak AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datin Amar Rugayah Majid atas sumbangan koleksi buku tersebut kepada perpustakaan Wisma Melayu Sarawak demi manfaat generasi kini dan akan datang.
AKYBMS juga mengalu-alukan mana-mana individu yang ingin menyumbangkan buku, manuskrip, dokumen atau bahan berkaitan sejarah dan budaya Melayu Sarawak untuk tujuan pemeliharaan dan rujukan ilmiah. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak AKYBMS





