Sumbangan Artifak untuk Muzium Melayu Sarawak

Pada 20 Mei 2026, Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah berkunjung ke kediaman Encik Ramdi bin Bujang bagi mengambil beberapa sumbangan artifak budaya Melayu Sarawak untuk dipamerkan dan dipulihara di Muzium Melayu Sarawak yang akan datang.
Pihak AKYBMS merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Ramdi atas sumbangan berharga ini
Orang ramai yang ingin menyumbang artifak, manuskrip, gambar lama atau bahan berkaitan budaya Melayu Sarawak bolehlah menghubungi pihak AKYBMS bagi tujuan dokumentasi, pemuliharaan dan pameran

Kongsi berita ini