Kunjungan hormat AKYBMS ke UNIMAS

Khamis, 20 Julai 2023 – Kunjungan hormat telah diadakan di UNIMAS, bersama Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS. Kunjungan hormat telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Wahab bin Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Datu Dr. Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan Encik Azuan […]

AKYBMS dinobatkan sebagai Johan dengan menggondol hadiah RM10,000 untuk pertandingan Perarakan dan Perhimpunan sempena Hari Sarawak yang ke-60

22 Julai 2023 – Tahniah kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) kerana telah mendapat johan untuk pertandingan Perarakan & Perhimpunan sempena Hari Sarawak yang ke-60 kategori NGO. Pasukan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak  (AKYBMS) muncul juara perarakan dalam Majlis Perarakan dan Perhimpunan bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka bagi kategori pertubuhan bukan […]

Raptai Perhimpunan dan Perarakan Sempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka

Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) akan mengetengahkan tema “Bangsawan Melayu”. Jangan lupa untuk menyokong kontinjen AKYBMS pada 22 Julai 2023 (sabtu) pagi, di Padang Merdeka, Kuching. Jumpa anda di sana Follow Tik Tok: @budayamelayusarawak Follow & Like: Persatuan Kesenian Nadi Kreatif Kuching #sritarinacomeback #badanseniakybms #silat #icatscollege #meriam #bangsawanmelayu https://www.tiktok.com/@budayamelayusarawak/video/7257838296485596434?_r=1&_t=8e8z2EM3j7a

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1445H

“Perpaduan Teras Malaysia Madani”. Maal Hijrah adalah permulaan tahun dalam penanggalan Hijrah, dan merupakan hari yang penting bagi umat Islam di seluruh dunia. Pada tahun 2023, Maal Hijrah jatuh pada tanggal 19 Julai, yang bertepatan dengan tanggal 1 Muharam tahun 1445 Hijrah. Maal Hijrah memperingati peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Mekah […]

Tahniah kepada YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan

14 Julai 2023-Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS atas pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam “Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama (PSLJ)” yang membawa gelaran “Dato Paduka Seri Laila Jasa”. Syabas dan tahniah

Tahniah YBhg. Datuk Haji Wahab Bin Abdul Aziz

Tahniah YBhg. Datuk Haji Wahab Bin Abdul Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak di atas pelantikan sebagai Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah berkuat kuasa pada 5 Julai 2023. Selamat menjalankan tugas! Tulus Ikhlas, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS serta warga pentadbiran. #royal #malaysia #istananegara #UiTM

Kunjungan hormat AKYBMS ke Pejabat Residen Bahagian Samarahan

Khamis, 13 Julai 2023 – Kunjungan hormat telah diadakan di Pejabat Residen Bahagian Samarahan bersama Haji Anuar bin Haji Da’an, Timbalan Residen Bahagian Samarahan. Kunjungan hormat telah dihadiri oleh Datu Dr. Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan Encik Azuan bin Jemat, Ketua Bahagian Kebudayaan dan Penyelidikan. Tujuan […]

Lawatan Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) ke Sungai Jaong, Santubong

Nota: Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan ini tanpa mendapat keizinan dan kebenaran daripada Pengarah, Jabatan Muzium Sarawak 10 Julai 2023- Lawatan Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) ke Sungai Jaong, Santubong diiringi oleh Encik Iswandi bin Haji Junaidi, Kurator, Jabatan Muzium Sarawak. Buku […]

YBhg. Datuk Haji Abdul Kader Sahib berkunjung ke AKYBMS

Terima kasih YBhg. Datuk Haji Abdul Kader Sahib serta isteri ditemani oleh Encik Abdul Qaiyum Alidin, kerana sudi untuk berkunjung ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Selamat membaca buku Bangsawan Sultan Tengah Sarawak Darul Hana. Semoga bermanfaat dan selamat membaca. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli terbitan AKYBMS bolehlah berkunjung di pejabat atau […]