Kunjungan hormat AKYBMS ke Pejabat Residen Bahagian Samarahan

Khamis, 13 Julai 2023 – Kunjungan hormat telah diadakan di Pejabat Residen Bahagian Samarahan bersama Haji Anuar bin Haji Da’an, Timbalan Residen Bahagian Samarahan.
Kunjungan hormat telah dihadiri oleh Datu Dr. Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan Encik Azuan bin Jemat, Ketua Bahagian Kebudayaan dan Penyelidikan. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bagi membincangkan mengenai persiapan galeri pameran Wisma Melayu Sarawak apabila ianya dirasmikan kelak.

Kongsi berita ini