Lawatan Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) ke Sungai Jaong, Santubong

Nota: Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan ini tanpa mendapat keizinan dan kebenaran daripada Pengarah, Jabatan Muzium Sarawak
10 Julai 2023- Lawatan Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) ke Sungai Jaong, Santubong diiringi oleh Encik Iswandi bin Haji Junaidi, Kurator, Jabatan Muzium Sarawak.
Buku terbitan AKYBMS iaitu Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak, 300ESS 1647ES ada mengetengahkan tentang penyelidikan cari gali arkeologi di Sungai Jaong yang dimulakan dengan adat ancak Melayu untuk upacara semah pada tahun 1955.
Tapak bersejarah ini mustahak untuk dikekalkan supaya ianya menjadi sumber penyelidikan dan pendidikan. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji tapak bersejarah lama.
Selain itu, sebuah kajian projek arkeologi di Sungai Jaong yang telah dilaksanakan oleh Profesor Daniel Perret daripada institut École française d’Extrême-Orient (EFEO), Kuala Lumpur dengan kerjasama Mohd Sherman Sauffi dari Jabatan Muzium Sarawak telah dimulakan pada tahun 2014 lagi namun kerja kajian arkeologi bermula pada tahun 2018. Hasil daripada penyelidikan tersebut telah dijadikan sebagai Bulletin Del Ecole Francaise d’Extreme-Orient iaitu sebahagian daripada Memorandum Persefahaman di antara Jabatan Muzium Sarawak dan EFEO.
Rentetan daripada peristiwa ini Kampung Santubong akan menjadi pusat arkeologi apabila pembangunan tapak warisan di perkampungan yang terletak kira-kira 35 kilometer dari pusat bandar raya Kuching itu siap.
Sumber kajian yang dilakukan di tapak tersebut diharap dapat mengangkat dan mengetengahkan tapak arkeologi Sungai Jaong, Santubong sebagai salah satu tapak yang penting kepada Sarawak dan Malaysia. Insya-Allah.
Ihsan: MAR & ZO

Kongsi berita ini