BELIA DI LAWAS, SARAWAK SIAP SIAGA UNTUK MENDEPANI REVOLUSI PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN MELALUI PROGRAM SAMAsedia SIRI 1, 2024 @ LAWAS.

25 Februari 2024: 70 orang belia di Lawas telah menyertai program anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) selama tiga hari di Lawas. Belia di Lawas, Sarawak telah didedahkan dengan persedian untuk menempuh cabaran mengharungi arus pembangunan dunia agar lebih berdaya saing. Turut hadir, Dato Henry Sum Agong, Parlimen P.222 Lawas, Encik Awangku Jinal […]
Belasungkawa (1936-2024): Tun Pehin Taib

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun Belasungkawa (1936-2024) Al-Fatihah ۞ بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِالرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن… Turut berdukacita dan menzahirkan rasa sedih menerima perkhabaran […]
Kunjungan Hormat Pertubuhan Legasi Industri Kesenian Kuching

20 Februari 2024: Pertubuhan Legasi Industri Kesenian Kuching mengadakan kunjungan hormat ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memelihara dan mempromosikan warisan seni dan budaya dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak. Selain itu, pertemuan tersebut menjadi satu platform penting untuk pertukaran gagasan dan kerjasama kepada penggiat industri kesenian dan […]
MAJLIS SYARAHAN PERDANA & MAJLIS PERASMIAN BAHASA JIWA BANGSA

15 Februari 2024: Bahagian Pendidikan, Agama, Kebudayaan dan Media (PAKM) Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menghadiri ke Majlis Syarahan Perdana dan Majlis Perasmian Bahasa Jiwa Bangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Negeri Sarawak di Balai Budaya DBP, Cawangan Sarawak. #SyarahanPerdana #erakecerdasan #ai #DewanBahasadanPustaka #jabatanmuziumsarawak #akybms
SESI KUNJUNGAN HORMAT AHLI GABUNGAN KETUA MASYARAKAT ISLAM SARAWAK

13 FEBRUARI 2024: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli Gabungan Ketua Masyarakat Islam Sarawak. Delegasi yang hadir; Tuan Haji Roshidi Junai, Pemanca, KK. Hani Jamain Bojet, Bendahari, Tuan Haji Murshidi Johari, Tuan Mohd. Taufik Ampik, Haji Mornie Abon, dan Haji Sulaiman Awi. #pemanca #melayusarawak
SESI KUNJUNGAN HORMAT AKYBMS KEPADA YB DATO SRI HAJI KARIM RAHMAN HAMZAH

8 Februari 2024 (Khamis): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB. Dato Sri Haji Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Delegasi AKYBMS telah dipimpin oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz, Ahli LPA AKYBMS dan YBhg. […]
SALAM ISRAK & MIKRAJ 2024

Israk Mikraj disambut untuk memperingati peristiwa penting dalam sejarah Islam, yakni perjalanan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini dirayakan setiap tahun pada tanggal 27 Rejab, yang bertepatan dengan 8 Februari 2024, untuk mengenang peristiwa luar biasa yang dialami oleh Rasulullah SAW pada tahun ke-12 masa kerasulannya, saat beliau berumur 52 tahun pada tahun 622 […]
⚜️ UNIMAS x AKYBMS ⚜️

5 Februari 2024 (Isnin): Professor Dr. Thomas Kana @ Kamarudin bin Kana dan Professor Dr. Muhammad Hamdi bin Mahmood, dua cendekiawan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), telah menjalankan kunjungan ilmiah ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Kunjungan ini adalah sebahagian daripada usaha akademik dan penyelidikan mereka yang […]
⚜️ CERAMAH ISRAK & MIKRAJ AKYBMS ⚜️

Marilah kita memuliakan rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan mendalaminya melalui pemahaman terhadap makna Israk dan Mikraj. Sambutlah dengan penuh keikhlasan Majlis Sambutan Israk Mikraj pada ketetapan berikut: Tarikh: 7 Februari 2024 | 26 Rejab 1445H Tempat: Surau Saidina Umar, Fasa 1, Bandar Baru Samariang, Kuching ⌛Waktu: 6.30 petang Penceramah: Ustaz Awang Mohammad […]
TEMU RAMAH GENDANG MELAYU SARAWAK BERSAMA UiTM, CAWANGAN SARAWAK

1 Februari 2024 (Khamis): Budaya Gendang Melayu Sarawak adalah satu budaya orang Melayu sejak berzaman iaitu sejak dari nenek moyang dahulu lagi. Ianya telah wujud beratus tahun yang lampau. Budaya ini sebenarnya mempunyai disiplin tersendiri yakni ianya harus diikuti agar tidak lapuk ditelan zaman. Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah didatangi sekumpulan penyelidik […]