TEMU RAMAH GENDANG MELAYU SARAWAK BERSAMA UiTM, CAWANGAN SARAWAK

1 Februari 2024 (Khamis): Budaya Gendang Melayu Sarawak adalah satu budaya orang Melayu sejak berzaman iaitu sejak dari nenek moyang dahulu lagi. Ianya telah wujud beratus tahun yang lampau. Budaya ini sebenarnya mempunyai disiplin tersendiri yakni ianya harus diikuti agar tidak lapuk ditelan zaman. Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah didatangi sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak untuk sesi temu bual mengenai Gendang Melayu di Sarawak.

 

Semoga dengan adanya sesi temu bual ini, kajian ini mengenai budaya Gendang Melayu Sarawak akan terus subur sepanjang waktu. #GMS #GendangMelayu

Kongsi berita ini