SESI KUNJUNGAN HORMAT AKYBMS KEPADA YB DATO SRI HAJI KARIM RAHMAN HAMZAH


8 Februari 2024 (Khamis): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB. Dato Sri Haji Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Delegasi AKYBMS telah dipimpin oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz, Ahli LPA AKYBMS dan YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengutarakan pandangan serta keperluan program kebudayaan yang berkaitan dengan komuniti AKYBMS.

Turut hadir dalam perbincangan ini, YBhg. Datu Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, Pengurus Besar, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Encik Nasir bin Lariwoo, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan, Industri Seni Kreatif dan Seni Persembahan, dan Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran, AKYBMS.

Kongsi berita ini