Pada 21 Mei 2026, Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan kunjungan ke kediaman Datu Dr. Sabariah Putit (Penasihat Old Kuching Smart Heritage) bagi mengambil tiga helai kain songket warisan milik keluarga beliau untuk dijadikan koleksi di Muzium Melayu Sarawak.
AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datu Dr. Sabariah atas sumbangan berharga ini demi pemeliharaan warisan dan sejarah masyarakat Melayu Sarawak untuk generasi akan datang.
Orang ramai yang mempunyai artifak, dokumen, gambar lama atau bahan berkaitan sejarah dan budaya Melayu Sarawak dialu-alukan untuk menghubungi pihak AKYBMS bagi tujuan pemuliharaan dan dokumentasi warisan bersama 





