Pada 23 hingga 24 Mei 2026, AKYBMS bersama 41 orang mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menyertai program SAMAsiswa Melayu Sarawak 2026 yang berlangsung di Sumiran Eco Park and Resort.
Program ini merupakan satu inisiatif selaras dengan Pelan Strategik Melayu Sarawak 2035 di bawah teras belia, yang bertujuan membentuk generasi Ulul Albab yang berdisiplin serta melahirkan pemimpin pelapis demi menjamin keunggulan dan kecemerlangan bangsa Melayu secara berterusan.
Berkonsepkan pelbagai wadah yang santai namun sarat dengan pengisian bermanfaat, program ini memberi pendedahan kepada elemen kepimpinan, pemantapan keyakinan diri serta peningkatan kualiti insaniah. Pada masa yang sama, ia menjadi platform untuk memupuk mahasiswa agar terus menjunjung prinsip amar makruf nahi mungkar dan berpaksikan nilai Alif-Ba-Ta sebagai teras pembentukan jati diri.
Semoga penganjuran SAMAsiswa ini menjadi medan terbaik dalam melahirkan generasi mahasiswa Melayu Sarawak yang berilmu, berwibawa dan bersedia memimpin masa hadapan.
Nantikan gelagat-gelagat samasiswa dalam posting seterusnya di Part 2 dan Part 3!





