Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan bangganya akan mengadakan SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II: Puisi Melayu Tradisional pada:
Program ini bakal menampilkan sebuah pementasan yang mengangkat kisah Kerajaan Saribas, salah satu khazanah legenda Melayu Sarawak yang sarat dengan nilai, warisan dan tradisi lisan masyarakat setempat. Dipersembahkan melalui gabungan seni puisi, penceritaan dan persembahan pentas, program ini membawa penonton menghayati sebuah kisah yang telah diwariskan dari generasi ke generasi.
Semua dijemput hadir! Jumpa kitak esok!
Jangan lepaskan peluang untuk menghayati keindahan puisi Melayu tradisional serta menyelami khazanah warisan Melayu Sarawak dalam suasana malam yang penuh pesona di Tebingan Sungai Sarawak.





