SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II Berlangsung Dengan Jayanya!

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir memeriahkan SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri II: Puisi Melayu Tradisional yang telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Jun 2026 di Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching.
Pementasan yang mengangkat kisah Kerajaan Saribas dan Kalaka ini telah mempersembahkan keindahan puisi Melayu tradisional melalui gabungan penceritaan dan persembahan pentas, sekali gus mengetengahkan khazanah warisan budaya Melayu Sarawak kepada masyarakat.
Terima kasih kepada para peserta, petugas, sukarelawan, rakan kerjasama serta para penonton yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha memartabatkan dan memelihara warisan budaya Melayu Sarawak akan terus mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat.

Kongsi berita ini