KUCHING, 6 Oktober 2026 – Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) memulakan raptai hari pertama di Padang Merdeka, Kuching sebagai persediaan menjelang Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-80 pada Sabtu, 10 Oktober 2026.
Raptai hari ini memberi tumpuan kepada penyelarasan kedudukan dan pergerakan kontinjen mengikut susunan perjalanan istiadat sebenar, di samping memastikan setiap anggota memahami peranan serta kedudukan masing-masing.
Kontinjen AKYBMS terus memberikan komitmen dan kerjasama dalam memperkemas persiapan bagi memastikan penyertaan pada hari istiadat berjalan dengan lancar dan teratur.





