Bersempena Perayaan Jubli 150 Tahun Novel Melayu Pertama Diketahui di Dunia, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama rakan strategik, Pustaka Negeri Sarawak dan Kursi Nusantara, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Hikayat Panglima Nikosa 2026.
Persidangan ini bakal menghimpunkan sarjana, penyelidik dan penggiat bidang sejarah, bahasa serta kesusasteraan Melayu dari Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia dan Thailand, sekali gus membuka ruang perkongsian ilmu, wacana akademik dan jaringan serantau berkaitan khazanah persuratan Melayu.
Persidangan ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS.
Ayuh bersama-sama menghayati dan mengangkat khazanah persuratan Melayu menerusi Hikayat Panglima Nikosa, sebuah karya penting dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu.
Pendaftaran kini dibuka: https://forms.gle/qCiSUW1VfiQP4ixUA





