Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datu Dr. Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), akan menyampaikan Syarahan Profesor Adjung Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertajuk:
“Sejarah Sarawak, Milik Kita: Kita Tulis Sendiri, Kita Ajar Sendiri”
Syarahan ini mengetengahkan kepentingan memahami, menulis dan menyampaikan sejarah Sarawak berdasarkan pengalaman, sumber serta perspektif masyarakatnya sendiri, agar warisan sejarah negeri terus dipelihara dan difahami oleh generasi akan datang.
Semoga perkongsian ini menjadi wadah ilmu yang memperkukuh kefahaman serta kecintaan terhadap sejarah dan warisan Sarawak.
Sejarah kita, warisan kita, tanggungjawab kita bersama.





