Wisma Melayu Sarawak menerima kunjungan Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah dan Mohd Zefri Arif bin Mohd Zain Arif sebagai persiapan menjelang Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak 2026.
Kedua-duanya akan menjadi antara pembentang dalam persidangan tersebut yang bakal berlangsung di Wisma Melayu Sarawak. Kunjungan ini turut memberi peluang kepada mereka untuk meninjau lokasi serta mendapatkan gambaran awal mengenai persiapan dan kemudahan yang disediakan bagi kelancaran persidangan.





