Pada 29 April 2026, Artis Badan Seni AKYBMS telah mempersembahkan seni tarian Melayu Sarawak bagi acara pembukaan dan penutup program Syairton sempena Karnival MJ 2026 yang berlangsung di SMK Matang Jaya, Kuching.
Program ini turut menyaksikan penyertaan ramai pelajar SMK Matang Jaya yang mempersembahkan syair dengan penuh semangat dan bakat yang membanggakan.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat atas usaha dan keberanian mereka di pentas. Artis Badan Seni AKYBMS juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur serta semua yang telah menjayakan program ini.
Semoga usaha seperti ini terus menyemarakkan kecintaan terhadap seni dan budaya Melayu Sarawak dalam kalangan generasi muda 





