TIADA EJEN ATAU PIHAK KETIGA DILANTIK
Berkuat kuasa mulai 14 September 2026, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) memaklumkan bahawa tiada mana-mana individu, ejen, syarikat atau pihak ketiga dilantik sebagai wakil untuk mengurus tempahan, mendapatkan pelanggan atau menerima komisen berkaitan urusan Wisma Melayu Sarawak.
Semua urusan berkaitan tempahan dewan, penyewaan ruang, pakej, pembayaran serta urusan rasmi lain hendaklah dibuat secara terus dengan Pejabat AKYBMS.
Sebarang penggunaan nama, logo atau imej AKYBMS dan Wisma Melayu Sarawak tanpa kebenaran rasmi adalah tidak dibenarkan.
Untuk pertanyaan atau pengesahan, sila hubungi:
Mohd Amirul Rashid
Wan Mohd Irfan
PENGURUSAN
AMANAH KHAIRAT YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK (AKYBMS)





