KUCHING, 24 Ogos 2026 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) memaklumkan bahawa dua program yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat telah ditangguhkan susulan keadaan jerebu semasa, dengan mengambil kira aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan para peserta, petugas serta orang awam.
Program yang terlibat adalah seperti berikut:
1. SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 Siri III: Pencak Silat
Tarikh asal: 12 September 2026
2. Karnival Perpaduan Stakan 2026
Tarikh asal: 28 dan 29 Ogos 2026
Tempat: Pusat Komersial Uni Central, Kota Samarahan
Keputusan penangguhan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat sentiasa diberikan keutamaan, khususnya dalam keadaan kualiti udara semasa yang kurang baik.
Tarikh baharu bagi kedua-dua program tersebut akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi AKYBMS. Pihak AKYBMS memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul berikutan penangguhan ini serta amat menghargai kerjasama, perhatian dan pemahaman semua pihak.
Sekian, terima kasih.
AMANAH KHAIRAT YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK (AKYBMS)
24 Ogos 2026





