Pada 29 Julai 2026, Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan kunjungan ringkas ke Tanjung Kubor yang terletak berhampiran Pasir Pandak, Santubong.
Nama Tanjung Kubor dikaitkan dengan bentuk kawasannya yang menanjung ke arah laut serta kewujudan kubur-kubur lama yang dipercayai berasal daripada penempatan awal masyarakat Santubong.
Tanjung Kubor merupakan sebahagian daripada kompleks penempatan dan pelabuhan purba Santubong yang berkembang sekitar abad ke-8 hingga abad ke-13 Masihi. Penemuan tembikar, manik kaca, objek logam dan syiling China membuktikan bahawa kawasan ini pernah terlibat dalam jaringan perdagangan dengan China, India dan Asia Tenggara.
Kunjungan ini memberikan pendedahan awal mengenai kepentingan Tanjung Kubor dalam memahami sejarah, perdagangan dan kebudayaan masyarakat awal di Sarawak





